22 Dec 2008

Dokumen Perjalanan Terhad

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Dokumen Perjalanan Terhad yang diperlukan.

Tujuan
Dahulu Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk perjalanan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.

Namun kini ia hanya berkuatkuasa jika anda bercadang untuk tinggal lebih 3 bulan di Sabah dan Sarawak.

Namun ia TIDAK diperlukan jika anda telah mempunyai PASPORT.

Tempoh Sah Laku
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

Syarat-syarat Am
Borang G- Im. 90
Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
Dokumen lama (jika berkaitan)
Bayaran RM5.00.
Permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan.

Syarat Pemohon
Berusia 12 tahun ke atas • Kad Pengenalan
Berusia bawah 12 tahun • Sijil Kelahiran

Permohonan Lanjutan Tempoh Sah Laku
Lanjutan tempoh sahlaku Dokumen Perjalanan Terhad boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan mengemukakan dokumen-dokumen dan bayaran seperti dinyatakan.

Saya harap maklumat ini membantu semua yang akan ke Sabah dan Sarawak. Dinasihatkan untuk menyediakan Dokumen ini sebelum penerbangan namun boleh juga dimohon ketika sudah berada di Sabah dan Sarawak sebelum tempoh 3 bulan berakhir.

No comments: