Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50 Malaysia!!!
Kita perlu bersyukur kerana Malaysia sudah melalui segala jerit payah dan kesusahan dalam mendapatkan kemerdekaan. Merdekakah aku sebagai salah seorang rakyat negara yang telah merdeka?
Aku harus mengakui aku belum merdeka sepenuhnya. Aku masih dibelenggu oleh masalah berat badan! Masalah yang telah menghantui aku selama berbelas tahun! Seingat aku ia bermula ketika aku berusia 10 tahun!
Namun hari ini menjadi titik tolak kehidupan baru! Aku ingin mengamalkan cara hidup yang sihat! Cukup sudah mata liar yang memandang sinis, ejekan serta bisikan mulut yang berbisa, tanggapan liar masyarkat yang tidak berasas dan semua diskriminasi!
Tapi yang lebih penting ini bukan untuk mereka! Ini untuk kesihatan aku dan ketrampilan yang hebat! Adakah aku akan berjaya kali ini? Sudah berbagai cara yang diaplikasikan tapi kegagalan demi kegagalan yang telah aku terima!
Insyaallah ini adalah cubaan terakhir dan aku pasti akan BERJAYA!!!
Doa dan restu semua mengiringi perjalanan aku dalam menuntut KEMERDEKAAN ini!!!
The last post…
2 years ago
